Tuesday, July 3, 2012

Diri

Tak perlu di hitung rendah tinggi
Tak perlu di bilang setiap biji
Andai itu suratan diberi
Terima seadanya walaupun perit

Sebab bukan semua punya peluang
Untuk memilih jalan pulang
bukan semua punya ruang
untuk memilih sejuk mahupun suam

Andai bisa memilih
Pasti ramai mahu bulan & bintang
Mau hidup kaya engan sehelai sepinggang
Mau bahagia terpampang seluas-luas padang

Tak perlulah berangan tinggi
Tak perlu berhasad berdengki
Cubalah jadi diri sendiri
Terima apa sahaja suratan diri.


No comments:

Post a Comment